blog ini sesuai dibaca jika mereka benar-banar kenal empunya blog ini! :D

Wednesday, May 4, 2011

i love u !

semperna hari ibu ini,aku nak buat satu entry kisah pegorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
(weyh bosanlah,asiyik-asyik cam ini aje cita dia ) 
ah ! peduli apa aku,kalau korang nak baca,yes teroskan membaca ! kalau tidak mahu,cukuplah sampai disini..

*********

hari ini tanggal 29 january 2020 genaplah usiaku 18tahun ! aku tidak mempunyai apa-apa perasaan ketika ini,kerana aku sudah biasa tak celebrate birthday aku,cukuplah sekadar ucapan yang telah diberikan oleh kelurga aku dan teman-temanku ! cuma kali ini aku terasa sunyi sedikit sebab aku tidak lagi dengar suara merdu rakan-rakanku yang sering menyayikan lagu happy birthday kepada aku seperti tahun-tahun yang lepas ! ini semua kerana kami semua telah berpisah untuk meneruskan perjuangan idop kami.
Tapi jauh disudut hati aku ini,aku gembira kerana ibuku sering berusha membuatkan aku tersenyum,walaupun aku besikap diingin ketika itu ! thanks mum..


seperti biasa aku ingatkan tak ada apa-apa yang akan belaku pada hari ini,tapi sangkaan aku salah,tiba-tiba ibuku bertanya kepada aku,

"nak celebrate birthday ini , nak makan apa?"

tapi aku seorang anak yang tak pernah nak menghargainya,aku hanya jawab seperti nak tak nak aje ~

"tak kesah pon,ada , adalah ..tak ada,,tak adalah"

ibuku masih berusaha untuk mengembirakan hati aku ini,ini kerana naluri seorang ibu,tak akan pernah hendak melihat anaknya dalam kesedihan..

"kita makan meggi je lah,ok?nak meggi ayam ke kari??" sambil tergelak kecil..

aku masih dengan jiwa yang diingin.aku menjawab persoalan ibuku tadi dengan berkata..

"tak kesahlah mak.apa-apa pon boleh"

seperti itulah perbualan seorang anak dengan ibunya,mungkin anak itu tak pernah terniat hendak meyakiti atau mengoris perasaan ibunya sendiri.tapi mugkin kerana si anak itu mempunyai masalah peribadi yang sering membuatkan jiwa remaja itu menjadi kacau dan si anak itu tak dapat mengawal perasaan marahnya.

bila malam menjelma,ibuku sudah siap sedia menyediakan apa yang sepatutnya disediakan,ibuku telah menyediakan masakan yang istimewa untuk anaknya ini walaupun aku  tidak memberi respon yang baik kepada ibuku tadi! aku tidak sedar bilakah ibuku membuat semua masakan ini?begitu pantas ibuku siapkanya walaupun melakukanya seorang diri,ibuku sempat masak pulut kuning,rendang ayam.nasi goreng dan sedikit kueh-mueh..aku seorang anak yang tidak pandai mengawal perasaan ini,berasa besalah kerana aku tidak menolong ibuku didapur ketika itu walaupun sedikit ! aku hanya megurungkan diri aku ini didalam bilik tidurku. ketika itu aku rasa sedih dan marah dengan diri aku ini,kerana aku tidak dapat mengawal emosi aku.

setelah semuanya siap sedia,ibuku meyuruhku memotong pulut kuning itu,yang telah dihiasi oleh 100% daripada tanggan ibuku sendiri,sambil aku memotong pulut itu,ibuku,kakakku dan adikku menyayikan lagu happy birthday dan Allah selamatkanlah aku, tapi ketika itu,aku melihat wajah ayahku turut serta menyanyi untukku sambil tersenyum.aku sungguh terharu ketika itu,kerana ayahku bukan calang-calang orangnya. Ini kerana ayahku sangat tegas orangnya dengan anak-anaknya,tapi biasalah tu,tegas biarlah kene dengan tempatnya kan?

saat yang tak dapat aku lupakan ialah semangat ibuku ketika menghiasi pulut kuning itu,ibuku tidak membeli kek untukku kerana aku sudah cakap awal-awal lagi yang aku tidak mahukan sebarang kek.mungkin aku muak kot.ok,ibuku berusaha membentukkan pulut itu supaya menjadi seperti kek,siap letak lilin diatasnya.aku hanya tegelak kecil dengan gelagat ibuku itu.Walaupun aku sudah menghalang ibuku untuk  membuat seperti itu,tapi ibuku masih bedegil untuk melakukannya.

walaupun hanya pulut kuning,aku sangat menghargainya

ibuku berkata : "biarlah,baru nampak macam kek,pulut ini,bukan senang tau nak buat" sambil tegelak kecil.

"kesian kamu dah lama tak celebrate birthday kan?" kata ibuku lagi..

tapi aku hanya mampu mendiamkan diri ini tanpa berkata apa-apa.Tapi jauh disudut hati aku ini,aku teharu dan gembira kerana ibuku sanggup melakukannya demi aku.Walaupun aku selalu merisaukan hati ibuku itu.sungguh kejam aku merasakan diri aku ini.Tapi kini aku sedar,aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membalas segala jasa pengorbana ibuku ini.Walaupun mungkin tak sama banyak dengan apa yang telah ibuku lakukan kepada aku selama ini.

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada kedua ibubapa kita yang telah banyak berkorban masa,tenaga dan wang dan mungkin juga nyawa mereka demi melihat kita semua membesar dengan sempurna.Kita semua hanya mampu berdoa kesejahteraan mereka dan mengembirakan hati mereka.Ini kerana ibubapa kita tak pernah terdetik endak kita membalas jasa mereka dengan wang ringgit.


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
 
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
Amin Ya Rabbul Alamin..
 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...