blog ini sesuai dibaca jika mereka benar-banar kenal empunya blog ini! :D

Tuesday, August 25, 2015

AKU KONVO!

WEYH AQ KONVO WEYH!!

walopon da lambat setahun...huhuh
tp tak tahu kenapa aq ada juga rasa happy nk konvo ni..wlaupun pada mulanya tak suke..

yg penting walaupun diploma je.. ada TOPI weyh.. hahha
*excited ke ni??

alhamdulillah,

DiPloma in Islamic Banking, KUIS



29 august 2015, saturday 

Happy Month :)

Allahuakhbar, besar sungguh kuasamu yaAllah.
itu sahaja yg mampu aku katakan. Aq bermohon, merayu dan bedoa sehabis baik untuk kau jadikan bulan ini bulan happy untuk aq. Allah perkenankan doaku,
walaupun beribu dosa yg telah aq lakukan..tp DIA masih menyayangi hambaNYA..

kenapa Aq berharap bulan ni aq happy,sebb aq berharap sangt aq akan mendapat berita gembira untuk diri aq, yang telah lama aku impikan. yang telah lama aq idamkan, dan harapkan.
inilah ayat yang aku nanti-nantikan sejak dari lepasan SPM lagi..

TAHNIAH!! permohonan anda berjaya.. 

Allah..sujud syukur aq.. berkali kali aku log in no ic untuk pastikan ini semua benar dan tidak salah.

alhamdulillah, syukur aq kepadanya kerna makbulkan permintaan aku kali ini,
tahun lepas aq mohon, aq tak berjaya, rayuan aku mohon dengan harapan berlaku keajaiban,pon tk berjaya.. aq redha..

aku ambil langkah untuk bekerja dahulu.....(collector) (stress)
dapatlah bertahn selma 7/8 bulan.. aq berhenti awal, dengan harapan aq akan dpat upu pada bulan 9 ini..

alhamdulillah, keputusan yg aku lakukan tidak sia-sia.
syukur ..syukur..syukur..


ALHAMDULILLAH
THNKS YAALLAH... :')

Monday, June 22, 2015

pertengahan bulan 2015

Jun 2015 :

 Tak tahu cm mana boleh terdetik hati ni nak buka blog.
Terkial kial otak dan jari ni nak cari paswod tok blog ni..
Serius bekepam dan tk ingt. Sudnly syukur masih bolh bukk..

Rindu zaman blog. Suke jiwa ni bila bc smula pnulisan bertahun dahulu

Ibarat dairy pula..hehee just saja nk updte.salam ramadhan 2015

Comming soon next updte


Saturday, March 1, 2014

pantasnya masa berlalu

pantasnya masa berlalu, sehingga tidak sedar akan peningkatannya umur diri ini
semakin lama semakin tua, itulah lumrah kehidupan manusia

aku masih ingat lagi kali pertama aku jejakkan kaki di bumi KUIS,
pelbagai perasaan yang wujud ketika itu, 
takot..seram..sedih..gembira dan.... betolkah aku dah nk masuk kolej ni?? 

ketika itu aku berazam, tok bangkit semula dari kegagalan..
I want to change myself to be better than before 

masa terus berlalu dan berlalu....

akhirnya, kini aku sudah di semester akhir!! 
tak sangka, aku berjaya tempuh semua ni dengan sebaiknya.. 
dan banyak benda aku belajar untuk lebih mengenali erti kehidupan.

*sekarang bersiap sedia untuk praktikal pula.. 

rabbi yassir wala tuassir :")

Saturday, February 8, 2014

isu perbankan islam

kini aku berada di tahun akhir diploma perbankan islam,
cukupkah sudah ilmu yang aku perolehi?? BELUM.. ilmu tidak akan pernah cukup
jadi aku masih perlu lagi mencari dan mencari

apa yang dapat aku perhatikan, kini ramai umat Islam sendiri tidak berapa memahami konsep perbankan Islam itu tersendiri,
salah siapakah? salah mereka kah??
TIDAK
abis salah siapa??? *krik..krikk...

masih ramai lagi yang berangapan perbankan islam ini tidak ikut syariat islam yang sebenarnya..
mengapa? *krikk..krikk..

yang paling menyedihkan, mengikut statistic : orang bukan islam lebih banyak mengunakan perkhidamatan perbankan islam itu sendiri, sebab mereka nampak kebaikan disebaliknya, dimanakah orang Islam??? krikk..krikk..

lihat ! pemikiran kita yang tidak terbuka.. termasuk aq..
jadi....
ayuh!!!
kite buat kajian di sebalik kebaikan perbankan islam berbanding konvensional



Friday, February 7, 2014

bukan mudah....

bukan mudah untuk sempurna..
bukan mudah untuk menyempurnakan...
bukan mudah untuk mencari kesempurnaan..

ini yang berlaku dalam diri setiap manusia..

tanya pada setiap manusia :
"apakah matlamat untuk hidup dimuka bumi ini??"

pasti akan 99.99% akan menjawab :
"ingin berjaya dan terus berjaya...

tapi.adakah semua berjaya dengan mudahnya??TIDAK ! sama sekali tidak.. 
kalau masing-masing berjaya mengapa masih wujud lagi penjara? 
mengapa masih wujud lagi rumah rumah kebajikan?? 
 disini dapatlah kita lihat, kejayaan itu masih belum capai dengan sempurnanya.

sama dengan diri ini, yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan
yang sentiasa alpa dengan kehidupan..
yang sentiasa alpha dengan keseronokan..
yang sentiasa alpha dengan nafsu..
yang sentiasa alpha dengan kemewahan...
dan yang sentiasa alpha dengan kesenangan

Allahurabi.. payah untuk mendidik hati ini untk menjadi sempurna..payah untuk mencorak hati ini untuk teros bejalan di jalan yang lurus tanpa ada satu pon yang menyimpang...
hanya perlu mohon pelindungan dariNYA..

kerna.. doa itu senjata orang mukmin.. :')


Friday, September 13, 2013

Isu Ummah , cadnakah kita ??

"barang siapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam,
maka bukanlah mereka daripada kalangannya"
( sabdaan rasulullah s.a.w)

kini, aku sedar akan kata hadis tersebut, apakah tujuan aku hidup dimuka bumi ciptaan Allah ini?
jika aku hanya kejar kejayaan dan kekayaan,
jika aku hanya meneruskan kehidupan aku tanpa ada bakti kepada orang lain..
tanpa ada bekalan dan saham diakhirat kelak...
itukah matlamat aku hidup??

memang! memang aku tak mampu untuk membantu mereka dari segi fizikal dan mental..
tapi Islam itu mudah.. banyak cara yang aku boleh lakukan untuk membantu mereka..
aku tak mampu untuk kesana dan berjuang bersama mereka..
aku tak mampu untuk memberi mereka wang beribu-ribu untuk ubatan mereka..
aku tak mampu untuk memberi nasihat dan sokongan kepada mereka...

tapi....
aku mampu berdoa memohon pertolongan kepadaNYA...
aku mampu membeli sambil menderma kepada mereka..
aku mampu meyebarkan maklumat kepada rakyat lain di sini, agar mereka sedar akan isu ini..
apa yang aku mampu lakukan...
akan aku lakukan.


siapakah yang aku cuba maksudkan ini??
siapakah yang aku sebok ingin membantu mereka? siapakah mereka dengan aku??
apa yang aku dapat jika aku cadna tentang mereka?
apa yang akan aku perolehi didunia ini?? jika aku ikut aktiviti yang berkaitan dengan mereka?
siapakah???

itulah saudara seIslam kita, 
rakyat yang sedang memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam..
mereka berjihad dan mereka cinta akan kematian..
mereka yakin segala pengorbanan mereka akan mendapat ganjaran diakhirat kelak..
itulah mereka...

rakyat PALASTEN, SYRIA dan MESIR !!
begitu juga dinegara - negara lain yang ditindas..



*flashmob gaza, syria dan mesir di KUIS..

ini adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepada mahasiswa tentang isu ummah.
mungkin mereka bukan sekarang...tapi insyaAllah satu hari kelak..
makin ramai yang cadna tentang isu ini, makin banyak doa yang dihantar..
insyaAllah, lakukan semuanya kerna Allah..
hanya kerna untuk mendapat KEREDHAAN DARINYA...

#prayforgazasyriaandmesir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...